Novel ke-4 ( TARIAN PRINCESS ) nukilan sendiri...

TARIAN PRINCESS ini aku dapat ilham daripada drama Korean, PRINCESS HOURS...
seriously memang best drama tu... tgklah kalau ada masa... promote plak... hahaha abaikan saja...
okay aku sambung cite aku pasal novel keempat aku ni...

Novel TARIAN PRINCESS ini bermula di satu sekolah menengah dimana seorang putera raja bersekolah di sana... Aqilah yang baru sahaja tiba di sekolah selepas bercuti selama 3 hari kerana tidak sihat terkejut melihat pelajar -pelajar sekolah berkumpul di sekolah menunggu seseorang... rupanya Putera Ariz bersekolah di situ...
sempena hari guru, Aqilah, Ainal, Fatin, Soeys, Nuaim dan Ameer membuat persembahan tarian dan nyanyian k-pop... oleh kerana mereka belajar seni tarian dan bahasa korea, ini memudahkan mereka membuat persembahan pada hari itu... dan rupanya Tuanku Iskandar merupakan sahabat lama ayah Aqilah, Tengku Zafri. Abang Aqilah, Tengku Adzril  juga merupakan anak angkat baginda raja waktu dulu... Hubungan Aqilah dan Putera Ariz tidak terlalu rapat walaupun setelah ibu bapa mereka berdua selalu bertemu... Mereka hanyalah sekadar kawan sekolah sahaja.. Dan apabila Aqilah dan Putera Ariz sudah berumur 22 tahun, mereka berdua terpaksa memenuhi hasrat kedua ibu bapa mereka yang ingin melihat mereka berdua berkahwin... walaupun masing-masing tidak bersetuju tetapi mereka terpaksa juga memenuhi hasrat tersebut. namun semasa perjumpaan keluarga di rumah keluarga Aqilah, rahsia yang selama ini tersimpan terbongkar di hadapan Aqilah... Puteri Azriana pula yang tidak tahu perkara sebenar membenci Aqilah kerana beranggapan Aqilah mengambil semua kebahagiaannya di istana itu selepas Putera Ariz berkahwin dengan Aqilah... pelbagai dugaan yg perlu ditempuh oleh Aqilah di istana terutamanya kebencian drpd Puteri Azriana yang sanggup memfitnah dirinya... tanpa disedari Aqilah menghidap satu penyakit yang disembunyikan daripada semua orang.... akhirnya setelah Aqilah menyelamatkan Puteri Azriana dari bahaya, barulah Puteri Azriana sedar... namun, penyakit Aqilah semakin teruk sehinggalah satu hari semasa kedua-dua belah keluarga berkumpul untuk meraikan keluarga bahagia mereka, Aqilah jatuh pengsan...

okay mcm biasa happy ending ye novel ini...
tak sanggup nak buat sad ending....
tak tertahan sedihnya nanti...
nak tahu penghabisan cite ni... tunggu ye...
hahaha... mcm lah nak terbitkan buku ni...
tunggu aku kerja dululah baru novel ni diterbitkan... hehehe
okay... bye :)

No comments:

Post a Comment