Novel pertama ( TENTANG KITA ) nukilan sendiri...

ok novel ni aku tulis khas untuk kawan-kawan aku...
walaupun banyak tentang diri aku dalam novel ni, aku still akn cuba masukkn kwn2 aku dlm noel ni...
pada mulanya aku just cuba saja buat novel ni,
tapi bila dah lama2 tulis, rasa teruja plak nak tulis lagi...
atas pertolongan idea kawan2 aku sendiri, novel TENTANG KITA ni dh hampir 500 muka surat...
thanx kawan2 ku semua....
ok aku citekn serba sedikit tentang novel ni....

Novel ni bermula apabila Kak Ayu ingin memperkenalkan Aqilah ngn sebuah kumpulan artis... dan pada masa itu juga Azu mengajak Aqilah untuk berbincang mengenai reunion yang bakal diadakan tak lama lagi bersama Syahrul... bermula pada situ lah hubungan Aqilah ngn Syahrul semakin rapat sehingga konflik antara Aqilah ngn Alia  yang turut mencintai Syahrul bermula... pelbagai dugaan berlaku dalam hidup Aqilah termasuk konfliknya dengan kawan-kawannya, tentang penyakit yang dihadapinya... Aqilah membawa diri ke Indonesia atas urusan kerja dan untuk menenangkan fikirannya....Sekembalinya dia ke tanah air, dia mendapat beberapa berita yang salah satunya agak menyakitkan hatinya yang bahawa bekas kekasihnya telah berkahwin dengan pilihan ibunya... Aqilah juga mendapat tahu yang kawan baiknya suatu ketika dulu telah bertunang dgn pilihan hati begitu juga kawannya yang tlah berbaik dengan kekasihnya... setelah beberapa minggu kemudian, segala rahsia terbongkar apabila Ika menceritakan segala fitnah yang ditabur Alia dahulu dihadapan semua kawan-kawan Aqilah... Aqilah merasakan penyakitnya semakin teruk... Dia masih lagi tidak menceritakan tentang penyakitnya itu kepada kawan-kawannya... Adakah Aqilah masih lagi mampu bertahan sehingga majlis resepsi perkahwinan abangnya itu?

ok sampai part tu aku still x de idea... sampai situ saje yg mampu aku bayangkan...
padahal baru aje bab brape.... nampak gayanya lambat lagi lah nk tunggu idea datang...
now, mengharapkan idea daripada kawan-kawan aku yang lain...
dan usaha aku adalah menonton anime jepun, membaca novel dan menonton cite yang berkisar percintaan, persahabatan....
hope novel TENTANG KITA ni berhasil lah aku tulis...
doakan ye... :)

still mengharapkan die...

aku still harapkan die....
walaupun aku tahu die takkan jadi milik aku...
tapi x salahkan kalau bersikap optimis....
walau apapun aku still nk chat ngn die, text die, call die...
tapi kenapa setiap kali aku try nk text or call die, aku x brani??
apa yang aku nak cakap ngn die??
x kn nk tanya soalan bodoh kot??
nanti die fikir apa plak???
ermmm, x pelah.... asalkan aku ngn die still kawan....
biarlah die x tahu perasaan aku kat die yang sebenarnya....

tgk anime " Kaichou wa maid sama " lagi

assalamualaikum...
lama tak update blog ni....
di entiti yang dulu ade pasal KAICHOU WA  MAID SAMA....
ok now still teringat lagi anime tu...
seriously anime tu yang paling best pernah aku tgk...
watak Usui ngn Misaki masih lagi bermain di kepala aku...
seriously diorunk tu pasangan kekasih yang paling best...
Memang sesuai sangat... x sabar nk tgk season 2 yg akan datang...  ( maybe ade kot )
hope pihak entertainment buat lah season ke 2 tu... anime ni memang best... 
<3 this anime...

Terasa Hati...

kalaulah aku boleh putarkn kembali masa, sudah tentu aku akan luangkan masa ngn kawan2 aku semua...
sekarang semua sudah mengambil haluan tersendiri hingga jarang sekali berjumpa....
kenangan dulu seperti hanya tinggal kenangan....
kenapa harus jadi macam ini???
semakin hari, semakin renggang hubungan kita semua....
adakah faktor kelas yang berbeza punca hubungan kawan renggang???
mungkin kot....
kenapa cikgu pisahkan kelas tingkatan 4??? sepatutnya satukan kitaorang semua ni dlm satu bangunan macam form 1, 2, 3... Tak gitu cikgu???
semua sudah berubah... tapi apakan daya, aku x dpt nk mengubahnya sendiri sekiranya kawan2 yang lain tidak mengambil pendekatan yg sama seperti aku....
aku harap hubungan kita semua sbg kawan yang tlah terjalin sejak form 1 lagi dpt dikekalkan sehingga akhir  hayat...
banyak kenangan yang manis dan pahit kita jalani bersama selama ini....
renung2 kanlah semua itu.... kembalikanlah suasana dulu walaupun kita berbeza kelas....
aku mohon sangat2....

Kaichou wa Maid sama!

KAICHOU WA MAID SAMA...
2 hari tgk cite anime ni kat youtube...
memang best lah anime Kaichou wa Maid sama...
watak Usui (watak lelaki) dan Misaki (watak perempuan) memang sweet sangat...
masing-masing menafikan perasaan sendiri...
padahal masing-masing suka sama suka...
watak Usui yang sanggup lakukan apa sahaja untuk Misaki ternyata memberi kesan pada aku...
apabila Usui lafazkan kat cintanya kepada Misaki membuatkan Misaki hilang arah sehingga tugasnya sebagai president di sekolah dan Maid di Maid Latte terganggu sedikit...
kerana kehadiran Usui sentiasa ada di mana sahaja Misaki pergi...
namun kehadiran kawan lama Misaki, Shinata (watak lelaki) di sekolah Seika untuk mencari Misaki membuatkan Usui cemburu kerana Misaki lebih memberi perhatian kepada Shinata berbanding dirinya...
Shinata dan Usui sanggup bertarung untuk memiliki Misaki...
dan akhirnya Misaki memilih Usui yang sentiasa membuatkan dirinya sentiasa bercelaru apabila bersama walaupun pada zahirnya mereka sentiasa bergaduh...

Cite anime ni banyak bagi aku idea untuk menulis novel aku yang masih belum siap lagi...
cite ni juga nayak mengajar aku erti persahabatan dimana Misaki sanggup lakukan apa saja untuk sahabatnya, kawan sekolah dan Usui ( teman istimewanya )...
aku harap aku dapat jadi seperti Misaki yang utamakan persahabatan...

<3 this anime...
Kaichou wa Maid sama... ( jepun )