Kaichou wa Maid sama!

KAICHOU WA MAID SAMA...
2 hari tgk cite anime ni kat youtube...
memang best lah anime Kaichou wa Maid sama...
watak Usui (watak lelaki) dan Misaki (watak perempuan) memang sweet sangat...
masing-masing menafikan perasaan sendiri...
padahal masing-masing suka sama suka...
watak Usui yang sanggup lakukan apa sahaja untuk Misaki ternyata memberi kesan pada aku...
apabila Usui lafazkan kat cintanya kepada Misaki membuatkan Misaki hilang arah sehingga tugasnya sebagai president di sekolah dan Maid di Maid Latte terganggu sedikit...
kerana kehadiran Usui sentiasa ada di mana sahaja Misaki pergi...
namun kehadiran kawan lama Misaki, Shinata (watak lelaki) di sekolah Seika untuk mencari Misaki membuatkan Usui cemburu kerana Misaki lebih memberi perhatian kepada Shinata berbanding dirinya...
Shinata dan Usui sanggup bertarung untuk memiliki Misaki...
dan akhirnya Misaki memilih Usui yang sentiasa membuatkan dirinya sentiasa bercelaru apabila bersama walaupun pada zahirnya mereka sentiasa bergaduh...

Cite anime ni banyak bagi aku idea untuk menulis novel aku yang masih belum siap lagi...
cite ni juga nayak mengajar aku erti persahabatan dimana Misaki sanggup lakukan apa saja untuk sahabatnya, kawan sekolah dan Usui ( teman istimewanya )...
aku harap aku dapat jadi seperti Misaki yang utamakan persahabatan...

<3 this anime...
Kaichou wa Maid sama... ( jepun )

No comments:

Post a Comment